Skootar Itali. Besi semua bukan tin 'milo'. Baru lagi time tu, 1967, Miri. Muatan hebat. Depan boleh 2 adik2 ku. Di saddle dengan emakku boleh sorang lagi adik ku. Aku duduk atas tayar spare di belakang! So sekali berlepas satu keluarga 6 orang. Kadang-kadang ayah angkat 2 trip sebab ada mata-mata (polis) berdiri atas kotak hitam tengah simpang empat. Dulu takde trafik light, so kena manual. Takde orang merempit. Nasib. Dan bulu kaki mata-mata boleh nampak sebab pakei seluar pendek. Nasib pakai stoking tinggi. Entah kenapa, masa tu (70an) tak terfikir nilai nostalgik lamberetta biru ayahku, setelah kondem, ditanam dalam lobang begitu saja. Masih ingat lobang itu, sekarang sebahagian padang sukan Bandaraya Miri. So bila balik Miri, lalu complex sukan tu, teringat Lamberetta Biru Ayahku M1458.
No comments:
Post a Comment