Macam mana mata pencuri? Entahlah..pencuri yang kita tahu mata macam biasa saja..macam businessmen pun ada..macam orang baik2..rambut sama hitam, hati lain-lain. Saya kenal Tuan M, seorang sarjan renjer (pencen) dan bertugas dibahagian keselamatan kami. Baik dan tegas. Ada perayaan. Ada kawat. Siapa lagi jadi jurulatih? Tuan M! Kebelakang.....puseeenggg!!!! Kiri! Kanan! Kiri! Kanan! Pasukan!.....Pasukaaaan! ....Henti!! Krop!Krop!Krop! Dua barisan..dressinglah..sedia..then..DIAM!!!! Mulut jangan jadi mulut murai!! Apa jeling-jeling! Mata macam mata pencuri!!! Saya tak ikut dalam latihan tu..saya cuma memerhati pasukan belatih!..mahu terkencing..menahan gelihati ..melihat gelagat Tuan M. dan pasukan yang dilatihnya..
No comments:
Post a Comment