Belatuk lambat buat kerja - cacing, semut & lebah semua dan penuh, cukup padat jadual sebab semua nak buat kerja tengah minggu. Agaknya ilham memuncak ditengah minggu kerja dan selepas tu terus minat turun kembali. Tapi belatuk lambat buat kerja, lambat pukul beduk nak umumkan tak payah kerja, mungkin dah diduga tapi sengaja tunggu minit terakhir. Cacing, semut & lebah kelam-kabut lintang pukang cari hari baru untuk buat kerja hari Rabu - diganti..terpaksa ada kerja yang akan dibuat hari seterusnya jadi korban. Ada yang tunda atas tunda. Walaupun terkumut-kumut mulut membebel, tapi thanks, kata semua, dapat rest dalam cuaca yang tak menentu kecuali sebahagian kecil cacing & lebah (dah dilarang tapi nak tengok saja..) yang sudah menempah ticket nak naik ke Gua Rock! Bagi semut, ia hampir wajib hadir! Ada yang rasa lega juga sebab yang bermastuatin kat area berdekatan gua itu terpaksa bercuti - tak boleh keluar area tiap tahun ketika Gua Rock menjadi tumpuan. Jadi, semua menang, cuma pada time ini mungkin ada problem dengan industry nasi lemak, makanan bersantan..sebab kebanyakan bahan-bahan sudah ditempah dan dibawa ke Gua Rock! Selamat bercuti semua!
No comments:
Post a Comment