Lepas solat Subuh berjemaah di Masjid Putra Nilai, pagi tadi diadakan terus majlis cukur jambul anak kelahiran kepada salah seorang kariah masjid. Kami 10 ( 3 sajalah yang lain ikut belakang saja) orang berzanji, berselawat dan mengunting rambut Ahmad Aqimuddin yang kecil dan halus itu. Bergemar masjid dengan selawat dan saya rasa inilah pertama kali dalam hidup saya menghadiri majlis begini setelah Subuh.
Saya rasa kemeriahannya berlainan, sangat dekat dihati, sangat bermakna, suasana dingin mula bermain dengan perasaan, mengamit kelemahan, mengamit rasa keinsafan, mengamit kisah-kisah silam, bertapa sayangnya orang tua kita kepada kita, betapa perihatin mereka terhadap perkembangan kita.
Gunting, mangguk berisikan air, air zamzam dan kismis, semua disediakan didalam dulang oleh ayah Ahmad Aqimuddin. Kami guntingkan beberapa helai rambutnya, sebagai syarat sahaja, dan menggosokkan kepala Ahmad dengan berhati-hati. Semorga Ahmad menjadi orang yang baik-baik, insyallah.
Sungguh bermakna majlis yang tak seberapa, Tuhan Maha Kaya lagi Adil, tahniah kepada ayah Ahmad Aqimuddin.
Sekian. Salam kepada semua.
No comments:
Post a Comment