Wednesday, September 24, 2008

Pengiraan 7 Likor...

S E L A M AT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN
Malam 7 likor..sering kita dengar menjelang minggu nak raya. Pelita, lampu warna warni mulai menyala disana sini, segenap pelusuk kampung, semuanya tahu malam itu malam 7 likor. Apa yang saya faham ialah malam 7 likor ialah malam 27 Ramadan. Malam hari ke 27 kita berpuasa. Bagi diri saya, mengapa gelaran malam 7 likor itu diadakan saya pun tak fasih tentang itu. Mungkin ada berkenaan dengan 10 malam terakhir Ramadan. Jadi bila masuk malam 21 Ramadan itu malam se likor, 22 Ramadan itu 2 likor dan seterusnya. Yang pasti bila malam 7 likor kelak, memang kampung2 dan rumah2 akan diterangi pelita2 dan lampu berwarna warni. Ada juga yang mengajiurkan pertanding hiasan pelita diperingkat daerah masing2.

Walauapupun, hati-hati dengan api dan letrik.

Selamat menyambut Hari Raya kepada semua, apa kurang, salah silap kata, tulisan harap dimaaf.

Saturday, September 20, 2008

Daniel dah balik!

Julai, tahun ini Daniel ikut Nek Atuknya ke Kuching dengan harapan sementara sahaja disana. Daniel tunggu, orang hantarnya pulang Nilai, tak juga jadi. Sampai Daniel pergi sekolah tadika di Kuching. Daniel telefon, tanya bila dia akan balik Nilai, "tunggu".. Daniel selalu telefon dan selalu tanya.

Ada perluang ke Kuching. Ada tiket Daniel, aturkan jadual cantik dan itenary tiket terpaksa diubah kerana nak masukkan Daniel dalam flight yang sama. Allahamdullilah semuanya mudah pada akhir usaha dan sekarang Danial ada bersama abangnya Isaac, adiknya Khallish dan keluarganya yang dirindui.

Malam tadi, Daniel tidur dirumah kami.......di Nilai

Monday, September 15, 2008

Bersedia meyahut cabaran baru......

Siri jelajahan BB Savvy ini, ku teruskan setelah ada di selatan (Johor, Melaka dan N9) minggu pertama Ramadan ini. Kini aku berada di Kuantan, Pahang. Hanya tiga lagitempat, seperti pembahagian tugas awal dahulu, Kuching, Cyberjaya dan Kota Bharu, Kelantan. Siri jelajahan ini akan tamat pada 23 Ramadan/September seperti dirancangkan oleh jawatankuasa projek ini.

Inilah usaha-usaha kami untuk meninjau dan memantau sejauh manakah kami bersedia untuk menerima cabaran teknologi baru dalam perniagaan yang saling mencabar. Keseluruhannya kami, akan berjumpa dengan hampir 1,650 kakitangan, memberitahu cara bagaimana nak dapatkan maklumat-maklumat yang penting mengenai BB ini.

Kami harap dengan usaha ini, kami ada menjadi lebih savvy dan yakin dengan destinasi perniagaan syarikat kami.

Esok saya masih di Kuantan.