Sudah masanya nak "berkempen" dikampung halaman. Nak tengok apa perubahan, nak dengar apa janji-janji YBs yang pro dan yang lawan. Selalu berjanji, dan tunggu hampir lima tahun baru tertunai supaya janji baru boleh dibuat. Jalan kat rumah dikampung satu PRU (Pilihan Raya Umun) berapa kilometer saja dibuatnya, hampir 2 PRU baru sampai keanak tangga. Alaihai, yang berkempen bila buat janji biarlah yang betul dan dengan keiklasan. Kamu sudah tahu semua orang tak ada pilihan. Dibuang sayang, tak dipilih salah, cuma kami bersabar dan jangan buat kami hilang sabar pulak so tunggu aku nak dengar dulu.
Yang sebenarnya bukan sangat nak berpolitik, cuma nak bagi tahu aku dapat tiket murah. Politik tu cukup setakat mulut, cukup setakat bercerita-cerita tapi siapa tahu pada 8hb Mac 2008 kenyataan dihunjung pensil.
Balik lah ke lubuk, sekejap setakat 3 hari bolehlah dengar kabar berita sana. So member and keluarga kat Miri bolehlah jumpa nanti.
No comments:
Post a Comment