
Sayur dibawa balik minggu lepas baru habis supply semalam. Memang lain rassanya sayur yang baru dipetik dari kebun dan terus kekuali dan dimakan!
Teringkat kisah diceritakan oleh peserta dari India semasa berkursus dulu tentang pertanian...
Dua rakan se universiti, setelah habis pengajian, masing-bertanya apakah kerjaya yang mahu dipupuk untuk kerjayaan masa depan masing2..."Aku, aku nak jadi seorang tokoh korporate, terkenal, bijak dan pandai memajukan syarikat, dan macam-macamlah,"kata seorang daripada mereka. "Saya, mungkin, terus membantu ayah tuaku di kebunnya supaya aku dapat membantu dalam pemasaran hasil2 kebunnya...," kata yang sorang lagi..
......lebih...20 tahun kemudian.....
Mereka berjumpa sekali lagi dan bertanyakan kabar ....
Memang, yang sorang tadi menjadi tokoh korporat terkenal, hampir setiap minggu muka dalam surat kabar bisness kebelakang ini. Sekian lama mereka berbual, dan setakat ini hanya yang korporat bercerita..last, last, bab nak pencen..dia nak cari tanah nak start tanam2, bela2 macam2 rancangan pencen. Mungkin sibuk, tak dapatlah nak urus itu ini dahulu, nak jumpa kawan pun setakat..hai,hai, bye,bye..." Sekarang kau buat apa?," sempat juga dibertanya kawannya yang duduk diam mendengar saja ceritanya...
"Saya, saya...sekarang mejalankan perniagaan asas pertanian yang ayah saya telah tinggalkan kepada saya semenjak saya keluar universiti dahulu. Allahamdullilah, beberapa tahun kemudian saya diberi perluang untuk berkursus dan kami mengeluarkan hasil tanam, ternakan dan produk2 berasaskan tani yang telah dipasarkan diluar negara. Sejak itu, ladang kami diperbesarkan dengan pembelian tanah2 dari kawan2 sekeliling. Tak apa, tentang tanah yang kau cari tu, mungkin saya boleh tolong carikan,......."
"Hmmm...hmmmm...ok..ok..," tak banyak nak diceritakanya kepada sipetani tentang racangan pencennya tadi....