Tuesday, January 22, 2008

Alamak! Buah-buahan fening semalam.....

Ada kisah buah timun tak mengaku ia timun semalam. Buah timun kata sebab cuaca tak baik buah lain nampak timun tapi sebenar ia lai (lebih baik kata terong..pueeeee!). Tapi buah lain, mati- mati nampak memang timun, mana boleh lai! Raja buah (Durian) kata memang timun; Kelapa kata timun (nak habis nyiranya disiram pada timun). Tapi masih timun kata buah lain silap (dengan senyum)! Kelapa kata timun dah merapu. Datang si buah lai pulak kata timun buat-buat merapu. Timun kata mungkin semua buah sudah hilang akal tak tahu membeza yang mana lai dan yang mana timun. Panel buah pun sudah binggung, apa sudah jadi, ingat sudah boleh rehat, bila semua sudah terang, mendung dilangit tiba, menyebab timun boleh senang bicara bebelit-belit, sampai panel buah nak soal pun macam takde mood. Timun sudah sedia dengan jawapannya.."tak tahu"..Apa sudah jadi? Tapi hari tetap mendung lagi, timun beredar mungkin nak cari ilham, supaya nanti bila terang sekali lagi buat kejutan!

2 comments:

Anonymous said...

Timun bukan bijak tapi majlis buah-buah yang bodoh. Kerana kebodohan majlis buah-buahan maka timun dengan senang hati keluar dengan tersenyum lebar dan mungkin sudah merancang hendak membuat satu lagi plot drama yang lebih menarik yang lebih mengemparkan di negara buah-buahan. Selepas timun memberikan ceritanya semalam, buah-buahan lain seperti petai, gering, kacang pajang, kacang brandi (kata P Ramlee) sudah tidak punyai harapan lagi yang persidangan majlis buah-buahan akan membuahkan sebarang hasil selain menghabiskan baja-baja dan racun serangga sahaja.

Anonymous said...

anony:
Ilmu diguna pakai untuk majlis hilang pedoman..ha..tapi nanti K.S. Waila akan cakap "pandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah pulah.."